Selamat datang ke laman sesawang rasmi Majlis Belia Labuan. #BeliaKitani #YakinBoleh #StandWithPalestine‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎• ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ Reach Out Community: Majlis Belia Labuan akan diadakan pada 14 Oktober 2024 (6:30PM - 9:30PM) bertempat di Dewan Kuliah, Kolej Matrikulasi Labuan. JOM sertai! ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎• ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ Ayuh Kita meriahkan Hari Sukan Negara 2024 Peringkat WP Labuan akan diadakan pada 12 Oktober 2024 bermula 6 pagi bertempat di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan!

KENYATAAN MEDIA: PENGHARGAAN DAN KOMITMEN MAJLIS BELIA LABUAN


Sepanjang tempoh perkhidmatan saya sebagai Presiden Majlis Belia Labuan, saya sentiasa berpegang kepada prinsip keterbukaan dan rendah diri dalam usaha memperkasa persatuan serta kelab belia di WP Labuan. Kami percaya bahawa kelab-kelab belia merupakan tunjang utama dalam membentuk generasi muda yang berdaya saing, berwawasan, dan bertanggungjawab terhadap pembangunan masyarakat. Oleh itu, memastikan kelab-kelab belia terus aktif dan berkembang adalah antara keutamaan kami. 

Antara inisiatif yang telah dilaksanakan termasuklah menyalurkan bantuan pengurusan tahunan kepada kelab-kelab belia, meskipun berdepan dengan kekangan dana. Selain itu, kami juga secara aktif menjalin kerjasama dengan kelab-kelab belia dalam penganjuran pelbagai program yang memberi manfaat kepada belia di peringkat akar umbi. Usaha ini bertujuan memastikan setiap kelab belia mendapat akses kepada peluang pembangunan, latihan kepimpinan, dan jaringan sokongan yang kukuh agar gerakan belia di Labuan terus berkembang secara mampan.  

Majlis Belia Labuan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada agensi kerajaan, sektor swasta, serta semua pihak yang telah memberikan sokongan berterusan dalam memperkasa belia di Labuan. Sumbangan dan komitmen mereka amat kami hargai, dan kami berharap kerjasama ini dapat diteruskan demi manfaat bersama.  

Majlis Belia Labuan akan terus bekerjasama dengan agensi serta pihak yang benar-benar komited dan menghargai usaha kami dalam pembangunan belia.

Kami akan terus teguh dalam memperjuangkan kepentingan belia.  

Nazera binti Roslan
Presiden
Majlis Belia Labuan

0 Comments